Sabtu, 27 Oktober 2018

Cara penjagaan kura kura yang betul


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ni saya nak share dengan korang tentang cara penjagaan kura kura yang betul. Antara perkara yang korang perlu tahu untuk membela kura kura jenis ni adalah:

1. Memilih kura kura

Ketika hendak membeli haiwan ini, apa yang korang perlu perhatikan adalah cengkerang dan mata haiwan ini. Jika cengkerangnya lembut dan matanya bengkak mean dia sakit. Jadi korang hendaklah membeli kura kura yang cengkerangnya keras dan matanya sihat.

2. Akuarium



Korang hendaklah mempunyai akuarium yang bersesuaian dengan kura kura korang.

3. Turtle Saver, Turtle Condition dan Anti-chlorine

Turtle Saver: Kegunaannya adalah supaya mata dan kulit kura kura sihat.

Turtle Condition: Kegunaannya adalah supaya cengkerang kura kura sihat dan tidak rosak

Anti-chlorine: Kegunaannya adalah supaya kura kura tidak terkena alahan ketika di dalam air.

4. Makanan

Sebagai penternak atau pemelihara, kita hendaklah memberikan diet yang seimbang kepada kura kura. Antara diet kura kura ini adalah:

  • Pallet
Pallet adalah makanan yang mengandungi banyak protein. Disebabkan itu, pemberian makanan ini hendaklah kurang diberi kerana jika kura kura makan makanan yang mengandungi banyak protein, ianya akan menyebabkan kura kura mendapat penyakit.

  • Makanan berdaging 
Makanan berdaging juga adalah salah satu daripada diet kura kura tetapi jangan diberi secara kerap kerana ianya akan menyebabkan kura kura cenderung untuk menjadi karnivor. Antara makanan berdaging adalah udang rebus, ikan rebus dan sebagainya.

  • Sayur sayuran
Sayur sayuran hendaklah sering diberi kepada kura kura kerana sayur mempunyai vitamin yang dapat menjamin kesihatan kura kura. Antara sayuran yang boleh diberi adalah sawi, kangkung, salad dan sebagainya.
  • Buah buahan
Buah buahan juga hendaklah sering diberi kepada kura kura. Antara buahan yang hendaklah diberi adalah buah pisang, strawberi, anggur dan sebagainya.

Itu sahaja daripada saya. Terima kasih kerana sudi membaca blog ini.

Jumaat, 26 Oktober 2018

Cara memandikan arnab yang betul




Assalamualaikum dan salam sejahtera. Korang ingat tak lagi blog sebelum ini tentang "cara penjagaan arnab yang betul". Ramai yang tertanya-tanya tentang cara memandikan arnab.

Sebenarnya, memandikan arnab ni rumit sikit sebab korang tak boleh guna air untuk mandikan dia. Kalau korang guna air, tak pasal-pasal arnab korang kena selesema.

Cara nak mandikan dia adalah guna dry shampoo. Nilah dry shampoo yang saya guna untuk mandikan arnab saya selalu.


Cara nak mandikan arnab guna dry shampoo senang je. Korang cuma perlu usap bahagian berlawanan bulu arnab korang. Bila dah siap, korang cuma kena lap badan arnab korang dengan towel sehingga kering.

Perhatian!

Berhati-hati ketika menggunakannya supaya tidak terkena mata arnab korang.

Itu sahaja daripada saya. Harap dapat saya kongsikan banyak lagi info untuk korang.

Cara memotong kuku arnab yang betul

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Ramai yang tidak tahu alat dan cara untuk memotong kuku arnab. Disebabkan  itu, kali ni saya nak share dengan korang tentang cara memotong kuku arnab yang betul.

Gambar di bawah ini adalah alat untuk memotong kuku arnab.


Gambar di bawah ini pula adalah kawasan yang boleh dan dilarang untuk dipotong. 


Rakaman di bawah ini adalah cara memegang dan memotong kuku arnab.



Itu sahaja daripada saya. Harap saya dapat hasilkan banyak lagi info untuk korang.



Jenis-jenis arnab peliharaan


Arnab merupakan sejenis haiwan mamalia yang tergolong dalam keluarga Leporidae yang tergolong dalam order Lamarpha. Arnab mudah dikenali dengan kecomelannya dimana ia mempunyai sepasang telinga yang panjang dan tirus serta gigi kacip tengah yang ketara dalam mulut arnab. Di Malaysia, aktiviti ternakan arnab agak kurang popular dimana hanya beberapa syarikat sahaja dipercayai menternak secara komersial. Arnab adalah haiwan yang comel dengan bulunya sering kali kelihatan bersih serta jinak. Faktor inilah yang menyebabkan ramai orang membela haiwan ini.

Antara jenis arnab adalah:

1. Holland Lop

Arnab jenis ini mempunyai saiz badan yang kecil. Berat idealnya adalah 1.4 kg. Walaubagaimanapun, beratnya juga boleh mencecah 1.8 kg dan keatas. Arnab ini sangat manja dan tidak terlalu agresif. Bulunya juga tebal dan perlu kerap disikat agar tidak berlakunya hair ball pada arnab ini.

2. Netherland Dwarf


Arnab ini berasal dari Belanda. Beratnya boleh mencecah 500 g hingga 1.6 kg.

3. Mini Rex


Arnab ini berasal dari Perancis. Jenis ini terdapat pelbagai warna seperti kelabu kebiru-biruan ,bertompok, jingga pudar dan pelbagai lagi variasi warna yang menarik. Arnab ini juga suka menggigit dan tidak sesuai dibela oleh ibubapa yang mempunyai anak yang masih kecil.

4. Jersey Wooly:


Arnab ini mempunyai kecerdasan yang tinggi, jinak dan lembut. Arnab ini juga sangat penyayang dan suka bermain. Jangka hayat bagi arnab ini adalah dari 10 hingga 70 tahun jika dijaga dengan baik.

5. Dwarf Hotot


Arnab ini pula berasal dari United States (US). Arnab ini hanya mempunyai warna putih dan mata yang berwarna hitam. Saiznya kecil dan untuk dibela.

6. Dutch


Arnab ini juga berasal dari Belanda sama dengan Netherland Dwarf. Beratnya boleh mencecah 4 hingga 5.5 kg. Antara variasi warna arnab ini adalah hitam, biru, kelabu, perang dan jingga.

7. English Anggora:


Arnab ini pula berasal dari Turki. Arnab ini adalah di antara arnab kegemaran kerabat diraja Perancis. Jangka hayat bagi arnab ini adalah 5 hingga 7 tahun.

8. English Lop


Arnab ini adalah di antara arnab yang suka berkawan. Arnab ini digemari kerana keunikan pada telinganya kerana telinganya lebih panjang daripada arnab Lop yang lain.

9. American Fuzzy Lop

Arnab ini juga berasal dari United States sama dengan Dwarf Hotot. Beratnya mencapai 3.5 kg hingga 4 kg. Jangka hayat bagi arnab ini pula adalah 5 hingga 8 tahun.

10. Lionhead


Baka arnab ini berasal dari Belgium. arnab ini mempunyai bulu yang tebal dan panjang. Beratnya mencapai 2.5 kg hingga 3.5 kg. Telinganya agak pendek dan lebih tebal berbanding kebanyakan arnab lain.

Terima kasih kerana membaca blog ini. Saya berharap dapat memberi banyak lagi info untuk korang.

Khamis, 25 Oktober 2018

Cara membiakkan arnab yang betul


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Kali ni, saya nak share dengan korang tentang cara membiakkan arnab.

1. Umur

Jantan: Umur arnab jantan yang sudah  matang adalah di antara 5 hingga 8 bulan.

Betina: Umur betina yang sudah              matang di antara 8 hingga 10 bulan.

2. Musim mengawan

Musim mengawan bagi arnab adalah pada musim tengkujuh kerana pada waktu itu arnab dapat menghasilkan lebih banyak anak arnab.

3. Tempat untuk mengawan

Arnab memerlukan kawasan yang luas untuk mengawan. Jadi, korang hendaklah mempunyai sangkar yang luas untuk arnab korang.

4. Cara mengawankan arnab anda

Pertama sekali, korang perlu masukkan arnab betina ke dalam sangkar arnab jantan.

Kemudian, tunggu selama 10 hingga 15 minit.


Perhatian!

Jangan tinggalkan arnab betina di dalam sangkar arnab jantan lebih 15 minit kerana kemungkinan arnab betina akan cuba membunuh arnab jantan.


Apabila sudah siap, ambil arnab betina dan masukkan arnab itu ke dalam sangkarnya semula.

Itu sahaja daripada saya. Terima kasih kerana sudi membaca blog ini.

Sabtu, 20 Oktober 2018

Cara penjagaan arnab yang betul




Assalamualaikum dan salam sejahtera,hari ni saya nak share dengan korang tentang cara penjagaan arnab yang betul.

1. Cara memilih arnab

Ketika kita pergi ke pet shop, kita hendaklah memastikan arnab tersebut sudah putus susu dengan ibunya kerana jika kita membeli arnab yang belum putus susu dengan ibunya, kemungkinan arnab itu akan mati.

2. Sangkar arnab


Kedua adalah sangkar. Sebagai pembela atau penternak, kita hendaklah memberikan arnab jagaan kita sangkar yang luas kerana jika sangkar tersebut kecil, ianya dapat menyebabkan arnab stres lalu mati.

3. Memasukkan arnab jantan ke dalam sangkar betina

Jika kita memasukkan arnab jantan ke dalam sangkar betina, kemungkinan besar arnab betina akan menggigit si jantan.

Jadi, asingkanlah arnab jantan dan arnab betina dalam sangkar yang berlainan supaya tiada yang mati

4. Makanan


Kita hendaklah memberikan diet yang seimbang kepada arnab agar arnab sihat dan tidak mempunyai berat badan berlebihan (Obesiti). Antara makanan yang boleh diberikan adalah seperti :

i) pellet

Pellet sesuai diberi kepada arnab yang sudah putus susu dengan ibunya tetapi jangan sering diberi kerana ianya akan menyebabkan arnab sakit.

ii) sayur-sayuran

Selain itu, boleh diberi juga sayuran seperti kangkung, sawi, lobak, ulam raja dan sebagainya.

Perhatian!

Jangan diberi kobis kepada arnab kerana ianya akan menyebabkan arnab mengalami cirit-birit.

iii) buah-buahan

Buah-buahan yang sesuai diberi adalah seperti anggur, strawberi, pisang dan sebagainya.

Itu sahaja daripada saya, terima kasih kerana sudi membaca blog ini.

Cara penjagaan kura kura yang betul

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ni saya nak share dengan korang tentang cara penjagaan kura kura yang betul. Antara perk...